Peniaga kurang Upaya

 


9th May 2018,hari mengundi, menjadi titik hitam kepada saya, malah masih segar lagi diingatan saya dari mula hingga ke hospital,namun tewas  saya koma hampir 1 bulan dan saya disahkan menghadapi penyakit STROK pendarahan, saraf pada otak pecah, dan menyebab kan seluruh anggota fizikal  kiri saya lumpuh, 

3 bulan saya menangis sendiri di katil hospital setiap malam, hingga saya diberi ubat tidur kerana disyakki mahu bunuh diri. Yelahkan, siapa mampu mejangka takdir Allah, tanpa tanda2 dan persedian, saya hilang 'nikmat' di dunia tiba2, hannya terbaring di katil, persedian diri pun ketika itu nurse yang membantu, mandi, memakai pakaian

Bukan sekadar fizikal, malah semangat juga rasa hilang, perlahan2 sy menerima hakikat dan belajar apa itu takdir, dan saya mula bangkit untuk kembali pulih, kata-kata semangat dan nasihat tidak henti dari orang keliling saya, ramai yang memberi nasihat yg boleh saya terima pakai ketika proses pemulihan, 

Saya sedar oesakit strok sukar intuk pulih 100%, tambahan pula seperti kes saya, doktor menjelaskan kecederaan pada otak sangat teruk, di tambah pula gangguan serangan SAWAN ini lebih melambatkan proses pemulihan saya, dan doktor mengatakan saya pulih hanya 60% sahaja pada tahun 2020,

walau bagaimana pun saya sebagai hamNya, redha dan terima dengan hati terbuka takdir saya ini, sentiasa bersyukur masih diberi nafas serta keluarga yang saya cintai

Bila melihat mereka diluar sana bahagia dengan kehidupan mereka, saya mula iri hati kerana mengenang nasib yang separuh lumpuh ini, bermacam-macam saya fikir untuk mengisi sedikit masa untuk mengelakkan saya tertekan kembali. Dengan nikmat yang masih saya perolehi (walau sebelah tangan dan kaki) walau tidak lagi mampu keluar bekerja, dengan nasihat2 rakan senasib yang berpengalaman, mereka nasihat saya untuk terus melansungkan kehidupan harian saya dengan mencari rezeki dengan apa cara sekalipun, dan akhirnya saya mula mencuba beberapa perniagaan di atas talian. dropship contohnya dan mempronosikan barang jualan orang lain. 

walaupun pulangan yang diperolehi tidak sebanyak yang orang luar jangkakan, tetapi saya berasa seronok, dapat bmberurus niaga dengan orang lain di media sosial

😊

Ulasan