By NekBu

 


by NekBu

Atau istilah mudah di fahami ialah dari atau daripada ibu, emak, mummy, mama atau "amma" dan apa jua yg anda gelar, panggillan untuk emak anda. 

saya memilih nama 'ByNekBu' kerana ini hasil 100% dari air tangan ibu saya, bermula dari resepi, pilihan bahan mentah, tumis dan sehingga ianya siap, ibu saya anak jati negeri Pahang Dan menetap di kuala lipis, apabila ibu saya di ijabkabulkan bersama ayah saya, mereka berpindah ke Gombak, Kuala Lumpur, 

Dan ibu mula bekerja sebagai seorang tukang masak di sebuah hospital disana di bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (J.H.E.O.A) mungkin dari situ bakat memasak ibu semakin digilap, dan juga ibu sering dipanggil untuk menghadiri majlis2 keramaian, kenduri kendara, diakui ibu memegang tugas2 penting dlm majlis2 berkenaan, kerana saya sendiri yang menemani ibu di majlis2 tersebut sebagai pembantu, tetapi lebih kepada tukang perhati atau tengok 😜😜, 

semasa saya belasan tahu lagi ibu sudah mengajar saya dan adik2 untuk memasak lebih2 lagi makanan asas orang bujang atau koboi style 😁😁 kerana di sebabkan tugas ibu,ibu jarang ada di rumah ketika waktu makan penting seperti sarapan dan makan tengah hari, memang rasa survive juga la dan bnyak telur2 dan nasi yang masak tidak menjadi 🙈,. Tapi Hingga kini saya dan adik2 mampu masak sendiri, alhamdulillah, terima kasih ibu. 


Ulasan